Assalamualaikum...hai,selamat datang ke blog saya..

Wednesday, August 29, 2012

makan daging sape?

orang kata,
makan tu perlu,
pemakanan di utamakan,
barulah pencapaian tercapai,
tapi tu orang kata,

daripada makan la,
baru tenaga mai masuk badan,
kalau boleh terus masuk sampai buncit
( yg ni aq kutuk maksi sebenarnya)
* kalau nk tau sape tuh maksi, pi google, tak pun kat wikikikipedia ada,
kalau ada nampak yg besar2, buncit2 tu, tulah...

makanlah selagi mampu,
kalau tak mampu,
takpela,
buncit pun xpelah
*aku memang tengah kutuk maksi pun sekarang nih

di pendekkan cerita,
ada seorang ikan nih,
berjaya menyamar identiti beliau sebagai seorang manusia,
hebat tu dapat bertukar,
kagum kagum,
kagum la!!!!

hahaha, sekali ada kucing datang sambar,
sambar ape?
sambar dia,
hanyalah dia...wakakaka,

tapi yang sedihnya,
kedai makan ni,
masak ikan masak lemak,
masak lada la
gorenglah,
kalau aku,
da lame pi amik ikan tu lepaskan balik  kat sungai,
haha...
 Si ikan nih,
dengan tanpa segan silunya,
menyambar ikan2 yang terhidang
(ikan2 itu merujuk kepada lauk ikan yang telah dimasak),
makan,
orang cakap rezeki depan mata,
tak baik di tolak,
sambar jelah..

tak caya? ada buktinya,
hanya tinggal kenangan :(
lihat itu,
hanya tinggal tulang,
telah selamat pergi meninggalkan yg masih hidup,
sob sob.....

tapi yg ingin saya tekankan disini,
teramat amat ingin menekan,
biarlah kita makan sedara kita sendiri,
jangan kita tikam dia makan daging sedara kita sendiri
*macam sama je bunyi, tapi lain maksudnya, disini ada huraiannya,


(biarlah kita makan sedara kita sendiri,)
ayat tuh di tujukkan kepada si ikan yg di ceritakan diatas,
dah lah ikan,
makan lauk ikan,
xpatut..hahaha
( gurau2)

(jangan kita tikam dia makan daging sedara kita sendiri),
kat ayat ni bernada serius sikit,
maksud ayat nih, jangan lah kita mengumpat seseorang yg buruk di belakang dia,
macam main tikam tikam belakang tuh..

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.,
MasyaAllah,
sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!,

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1. Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2. Bila yang nak jadi moderator ‘umpat2′ tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3. Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..
tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

4. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5. Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

7. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.

* di copy paste sekejap pengisian di atas tersebut,
(http://feryco.com/mengumpat-seperti-makan-daging-saudara-sendiri)

akhir kata,
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca,
walaupun kat atas tuh ada macam ada unsur2 tu sikit,
maaflah,
saya hnya insan yg lemah kawan kawan,
yang ada cacat celanya,
hanya niat ingin bergurau sende sahaja,
tidak berserilah kehidupan kita tanpa gurauan senda..hehehe

akhir kata,

~Assalamualaikum W.B.T



Thursday, April 19, 2012

sekarang cuaca tengah baik,
tiba2 turun gerimis,
terdetik di hati,
kalau hujan di saat cuaca cerah,
adakah tandanya dia sedang menangis?
siapa?

haha, gelak jerlah..

ni suma di sebabkan cerita korean lah,
aku dah mulai terpengaruh,
kambing.....
cerita yang ber tajuk
'' MY GIRLFRIEND IS GUMIHO""
kalau secomel tuh lah serigala dalam betul2,
aku pun nak.. :D


 *comel x? kalau ada serigala macam nih,...


 *ni bila dia sedang berekor...

kesimpulannya, di kala ni,
aku sedang bermimpi- mimpi kehadiran ia dalam hidup aku,

*tak mampu nak ceritakan sinopsis dia panjang lebar...coz nk bagitau sahaja point utama post ni :D

Tuesday, March 27, 2012

lelaki tuh kan comel

Lelaki nampak comel bila...

.:Lelaki nampak sangat comel bila mereka lipat baju.

.:Lelaki nampak sangat comel bila mereka masak or pandai bake a cake.

.:Lelaki nampak comel bila mereka melatah tanpa dibuat buat. Takat "Oh mak kau" je pun comel.

.:Lelaki nampak comel bila tidur dalam kesejukkan.

.:Lelaki nampak comel bila memandu sambil curi curi pandang awek dia yang duduk dekat passenger seat.

.:Lelaki nampak comel bila makan ais krim comot comot sampai ke pipi.

.:Lelaki nampak comel bila selesema atau bersin bersin tak henti henti.

.:Lelaki nampak comel bila mereka buat buat tahu padahal masih blur blur sebab tak ingat direction.

.:Lelaki nampak comel bila mereka ketakutan.

.:Lelaki nampak comel bila mereka menangis.

.:Lelaki nampak comel bila mereka solat dengan kain pelekat. Nampak macam abah abah.

.:Lelaki nampak comel bila mereka cuba buat muka serius tapi tiba tiba tergelak. Bergantung pada siapa yang buat lawak.

.:Lelaki nampak comel bila mereka membaca dengan khusyuk bukan dibuat buat.

.:Lelaki nampak comel bila mereka cemburu.

.:Lelaki nampak comel bila mereka gelisah dan nervous.

.:Lelaki nampak comel bila mereka tekun bekerja especially yang bekerja di pejabat.

.:Lelaki nampak comel bila mereka cuba main gitar tapi ternyata sumbang mambang. Sekurang kurang mencuba katanya.


#copy paste jah ni...comel jugakkan kalau copy paste..he

Friday, March 23, 2012

muhasabah diri...
rasa macam lega,
macam baru lepas memerut...

nikmatnya.... :D

pasrah menanti,
lega kembali,
letak tangan didada,
kepala mendongak,
pejamkan mata,
muhasabah diri,

to many memories,
to many painfull,
to many (cakap malay suda)
terlalu banyak kenangan,
pahit getir...
saya tetap suka awak...
dan tetap suka dan suka...
biar di abadikan di dalam box besi,
terkunci rapat...

kepeningan tiba-tiba,
dada sakit berdenyut juga,
belah kiri tuh,
tandanya sudah dekat??
boleh lah aq pergi dengan tenang..


#tak pelah....tak ada rezeki...

*untunglah ada orang akan gelakkan post kali ni...
please,
tolong berhenti bermain di fikiran,
tiap malam di kau hadir dalam hidupku,
mengenanagkan memori indah,
mengamit perasaan ini...

hahahaha jiwang2...

wahai gadis misteri,
kaw tiap malam ku mimpi,
comelnya dikau dengan selembut kain sutera,
gemelainya di kau..
membuatkan aq kerinduan...

#asyik mimpi awek comel jer..
ape nk jadi nih...
jangan mengharap bintang di langit,
jika usaha tak setinggi gunung...

jangan mengharapkan pelangi nan indah,
jika sifat tak secantik awan..

jangan mengharapkan hak milik sempurna,
jika diri masih alpha..

kesimpulannya, tiada benda di dunia ini boleh jadi hak milik kita sepenuhnya tanpa adanya usaha,
duit tak akan datang bergolek sendiri,
kalau tidak kita menggolekkannya..

#nobody perfect

Thursday, March 22, 2012

saya suka awak...

*hahaha
saya suka awak...
saya suka awak...

tu jer nk bgtau..
tiba-tiba berkenan,
adakah ini yang di namakan cinta,
dah macam tajuk lagu jer..

please stop moment tuh sekejap,
biar ia berlalu dengan gembira...

sebab saya suka sama kamu,

begitu senang ungkapkan kata putus,
tapi sukar untuk unkapkan kata cinta,
hati mula meronta,
tak mudah untuk memiliki,
perasaan dari satu pihak,
perasaan dari kedua belah pihak,..

alangkah indahnya dunia...

Friday, March 9, 2012

perempuan itu

perempuan,
dia susah nk lafazkan kata cinta apabila dia jatuh cinta,
dia malu nk lafazkannya,
 tapi,

perempuan,
cukup berani untuk mintak putus,
berani berani...

#agak - agak, betul ker x??

ibu..

ada baca keratan akhbar tentang seorang ibu yang sudah tua serta lumpuh ditinggalkan di hotel?
sedih,
ada video sekali,
ibu dia menangis,
terkenangkan anak dia,
sampai hati dia tinggalkan kat situ,
ibu awak lah,
sedangkan mereka yang ibu dia sudah meninggal pun,
mengharapkan ibunya kembali,
inikan pulak ibu dia yang masih hidup,

jagalah ibu anda,
pengorbanan seorang ibu sangat besar,
 masa kan ibu seorang boleh menjaga anak dia dari kecil smpai anak dia besar,
sampai berkerjaya,
inikan anak pula yang menjaga ibunya..

tanpa ibu,
siapalah kita di dunia ini,
dapat bernafs dan di lahirkan di dunia ini,
hargailah ibu anda,
sayangilah ibu anda,
jagalah ibu anda sebagaimana ibu anda menjaga kita,
tiada apa yang di mahukan oleh seorang ibu melainkan melihat anak dia di samping di kala dia sudah uzur,

#mak! saya sayang mak!
  mak segala2 nya dalam hidup saya,
  tanpa mak, siapalah saya...

dia

kalau lelaki cemburu,
bagi perempuan,
comelnya dia cemburu..
ahaks...
"alololo cemburu nyer? allolllololo comelnyer.."

tapi kalau perempuan cemburu,
bagi lelaki,
nak cakap comelnye dia cemburu?
dia jadi macam singa nk mengaum,
mulut dah terbukak da,
tinggal nak telan jer kan....
huhu takut - takut...
"saper perempuan tuh!!!!"
hahaha dia cakap camtu pun,
lelaki yang bermisai tebal serta tinggi pun,
badan tegap,
boleh ketakutan,
apetah lagi yang berjiwa sensitif,
nasib- nasib

tapi kita kena bersyukur,
sebab orang cemburu tuh,
tandanya dia sayangkan kita,
betapa beruntungnya kita,
kerana ada orang yang sayangkan kita...

jagalah dia dengan sebaik - baiknya,
kerana tiada orang yang mungkin boleh sayang kita lebih selain daripada dia,

#saya sayang siti shahada,
awak tuh kuat sangat cemburu tuh,
takut saya.... :D

Sunday, March 4, 2012

baru selesai technical full scale untk furniture minor..

#rabak dah mata..

not forever alone

terima kasih,
sebab tolong temankan buat kejer,
walaupun dia xboleh bercakap,
walaupun dia xboleh tolong buat kejer...

#thanks kucing... :D

lawan dalam kawan

tengok tajuk pun dah tau kan,
ada jugak kat kawan mcmni,
ada time senang,
hilang bila susah,
pijak kepala bukan perkara luar biasa bagi dia,..

#camera aq, aq dah bagi pinjam, cukup sifat, siap bateri full,ada memori..
 tapi bila dah dapat balik, bateri abis,
memori hilang,
beg dia basah....
(pe benda dowh)

#brodband aq,
dah pinjam,
tapi bila nk pulangkan,
suruh aq yg amik,
aik?
mcmner tuh?
rumah dah lah dalam 15minit dari sini,
kalau bawak laju lah...

#sabun mandi,
dah pakai,
tapi hilang dah..
aq?
xyah guna sabun lah ea?

*pening kepala...bersabar itu separuh dari iman :)

Friday, March 2, 2012

berhenti sejenak...

jika awak ingin berjaya dalam kehidupan,
jika awak berhajat utk mencapai sesuatu,
jika awak ingin berjaya,
dengarlah kata hatimu sendiri,
dan jika hatimu tiada sebarang jawapan,
pejamlah matamu dan fikirkan kedua orang tua mu,
kamu pasti akan dapat mengatasi segala halangan dan cabaran,
segala masalah akan hilang,
kejayaan pasti menjadi milikmu,
hanya milikmu...

Thursday, March 1, 2012

semangat!!

kata- kata semangat dari seorang ibu kepada ku
"uda, buat yang terbaik" say ibu ku kepadaku ma,grib kelmarin...

rasa macam badan terus bersemangat,
rasa kuat dan kental utk meneruskan kerja yang tertangguh,

#terima kasih ibu..doakan kejayaan saya...

Wednesday, February 29, 2012

terimalah dia seadanya...
semestinya dia terciptakan untukku,
jangan di ubah kepercayaan yang di beri,
sesungguhnya memberi kepercayaan itu umpama memberi sepenuh hati,
sepenuh hati yang turut di bawa rasa kasih,
sayang yang tiada nilai baginya..

perempuan itu umpama bunga,
jagalah ia dengan sebaiknya,
jangan biar ada kumbang lain yang mendekat,
biar tumbuh dengan baik,
agar ia mekar cantik....

cinta itu umpama sebuah petir yang datang menyambar,
kita tidak akan tahu bila ia akan menyambar dan dimana ia akan menyambar,
sekali ia mendekat,
sepantas kilat ia memberi kesan,
bukan utk selamanya,
tetapi utk ketika itu,..

berkasih,
ungkapan lagi bisa di jaga,
namun perlakunya susah di jaga,
niat hati yang mengundang perbuatan,
niat hati juga yang menerima,
otak yang berfikir,
hati yang berkeputusan..

#dah lamer xberpuisi....kalau xfaham maksud sma puisi ni buat2 lah faham,
orang yang berfikiran sweet jer dapat faham :D

1 minggu sahaja lagi

hati dah tak tahan dah
badan dah longlai dah,
xmau lah jadi zombie,
nk jadi manusia,
manusia
manusia
 human being...

#koyak ow rasa sekarang nie..kejer bnyk xsempat siapkan,
mcmner lah leh jadi xsempat nih kan

Tuesday, February 28, 2012

lagu peneman aq di kala buat kejer

aq suker dengar lagu
- korea
- melayu ( xbanyak sgt lah)
- dangdut (hahaha layan ar)
- lagu latin or spanish camtu

kalau korea, most played bagi aq lagu "because im stupid - SS501" 
banyak kali dengar xbosan ow,

dangdut ea, usha lah lagu amelia, cth (tajuk nama dia luper haha )

latin ea,
try usha enrique - bailamos,
perrgghh seksi kot lagu tuh,
nk lagi seksi?
ricky martin ar,
walaupun orangnya gay,
tapi aq bukan gay k,
haha nama tajuk lagu dia pelik2,..malas nk tulis

#kenapa ar suma orang yang naik kete aq xsuker sgt lagu aq, biarlah,
jiwa aq mcmtuh...

jeng jeng

tadi dah beli barang utk projek aq,
beli besi selebar 5cm,
boleh lah tuh,
yang tinggal kayu sedikit,
jointing,
dengan getah...

#tadi kat kilang besi,
tengah dok asyik belek2 besi,
sajer sentuh2 besi yang bulat2,
tertolak ke tepi,
ada gak tajam kat situ,
ingatkan xluka,
tengok balik beberapa minit kemudian,
darah dah mencurah,
terhiris sikit ibujari aq,
sakit ow :(

#pedih tau...xleh tgk darah..